Tuesday 27 September 2016

#19 FAKTA PENYAKIT JANTUNG

Text : Fathiah bt Abdullah
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Gambar : Google
Editing : Fathiah Bt Andullah

PENYAKIT  JANTUNG
Penyakit jantung merupakan penyebab ketidak-upayaan dan kematian pra-matang rakyat Malaysia pada masa kini.

JENIS-JENIS PENYAKIT JANTUNG

1. Penyakit jantung Kongenial ( berlaku sejak dalam kandungan) :

§  Jantung berlubang
§  Kecacatan injap jantung

2.       2.Penyakit jantung bukan Kongenial ( akibar cara hidup yang tidak sihat atau akibat jangkitan) :

§  Penyakit jantung reumatik
§  Penyakit jantung infektif
§  Penyakit jantung koronari (paling kerap berlaku)

Penyakit jantung ia berlaku akibat daripada penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini boleh mengakibatkan arteri koronari menjadi sempit dan separa tersumbat.
Ini mengakibatkan angina pectoris atau sakit dada kerana pengurangan aliran darah ke otot jantung. Arteri koronari yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan serangan jantung.


TANDA-TANDA SERANGAN  JANTUNG

-  Sesak nafas
-  Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher
- Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam/pengsan
- Berpeluh dingin
- Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas
 - Pening kepala dan berasa loya



FAKTOR-FAKTOR RISIKO PENYAKIT JANTUNG KORONARI

1. Faktor-faktor TIDAK BOLEH diubah
     Risiko meningkat dengan peningkatan umur.
    Jantina : kajian menunjukkan kaum lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
    Keturunan : jika terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidapi penyakit ini, ia akan meningkatkan risiko anda.

2. Faktor-faktor BOLEH diubah
Tabiat MEROKOK
 Kolestrol tinggi dalam darah
Tekanan darah tinggi
Pesakit diabetes
Cara hidup sendetari
Berat badan berlebihan
LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT JANTUNG

1) Lakukan pelbagai jenis senaman dan aktiviti fizikal.
 Anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman untuk menguatkan jantung seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal, melakukan senamrobik dan bersukan.

2)  Amalkan pemakanan yang sihat
·         Lemak, minyak, gula dan garam (makan sedikit)
·         Susu dan produk tenusu ( 1-3 sajian sehari makan secara sederhana )
·         Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang (1/2 - 2 sajian ikan, ayam, daging dan telur sehari . ½ -1 sajian kekacang sehari makan secara sederhana).
·         Sayur- sayuran( 3 sajian sehari makan banyak)
·         Buah – buahan ( 2 sajian sehari makan banyak)
·         Nasi, mi,bihun, bijirin dan produk bijirin serta ubi-ubian ( 4-8 sajian sehari  makan secukupnya)
Amalkan pelbagai jenis makanan berpandukan pyramid makanan
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
Makan nasi dan produk bijirin lain secukupnya dengan member keutamaan kepada bijirin penuh.
Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol
Pilih makanan yang kurang kandungan gula dan garam


3)      Kawal berat badan
Untuk mencapai Indeks Jisim Badan yang ideal ( Body Mass Index-BMI), lakukan perubahan. Kurangkan berat badan anda secara beransur-ansur. Penurunan berat badan yang disyorkan adalah lebih kurang 0.5kg seminggu.


4)      Kawal stress
ü  Rancang masa secara bijak
ü  Ketahui kemampuan diri
ü  Berfikiran positif
ü  Tangani kritikan dengan baik
ü  Buat keputusan dengan bijak
ü  Jalin persahabatan
ü  Rancang perubahan dalam hidup
ü  Kongsi masalah dengan orang lain

5)      Kawal diabetes
Jika anda seorang penghidap diabetes
a.       Kawal paras gula dalam darah melalui senaman dan pemakanan sihat
b.      Kawal berat badan
c.       Patuhi nasihat doctor dan ambil ubat mengikut jadual


6)      Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

Pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh mengesan awal factor-faktor risiko penyakit jantung supaya pencegahan dapat dilakukan.
Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berjadual sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas. Bagi anda yang berumur di bawah 35 tahun tetapi berisiko tinggi, anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap :
·         Glukos
·         Kolestrol darah
·         Tekanan darah
·         Komposisi lemak badan.


7)      Mengambil makanan tambahan yang betul dan tepat.
       Disarankan mengamalkan Qasehgold untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

No comments:

Post a Comment