Sunday 21 August 2016

15# BMWvol1 GROUP IN EWA MALAYSIA

Text : Fathiah bt Abdullah
Gambar : Fathiah bt Abdullah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Salah satu impian saya telah tercapai.

Impiannya ialah ingin menceburkan diri dalam persatuan. Dan saya memilih untuk menyertai persatuan EWA MALAYSIA.

Apa itu EWA MALAYSIA?

Ewa adalah persatuan usahawanita atas talian (online)
yang dilahirkan di UKM. 
Merupakan satu satunya persatuan wanita yang lahir di universiti.

EWA merupakan salah satu platform untuk membuat jaringan keusahawanan  (business networking) juga akan mendedahkan ahli kepada peluang menyertai kursus berkaitan pembuatan website, peluang perniagaan , ruang niaga ekspo,  latihan perniagaan daripada agensi perniagaan dan juga jaringan perniagaan bersama ahli sedia ada .

Dan alhamdulillah baru-baru ini iaitu pada tarikh 20 Ogos 2016 saya telah menghadirkan diri ke satu sesi dipanggil "Sesi Teh Tarik Persatuan EWA" bertempat di Puri Pujangga, UKM bangi.

Satu pengalaman baru buat saya. Sememangnya dunia realiti dengan dunia atas talian ini satu keadaan yang berbeza. Dari segi auranya, dari segi pembawakan dirinya, dari segi keyakinan dirinya dan sebagainya.

Saya mula tertarik dengan EWA ini adalah melalui leader qaseh saya sendiri juga. Iaitu Pn.Zalina yang mana sekarang telah mempunyai produk sendiri iaitu UMOODA DOUBLE COLAGEN. Aktiviti-aktiviti beliau bersama EWA menarik perhatian dan minat saya. Dari situ saya mula mendekati EWA.

Nak dijadikan rezeki saya dipertemukan pula dengan salah seorang orang kuat EWA juga. Kami bertemu didalam satu "group whatsapp" yang diberi nama BILIK MOTIVASI WANITA Volume 1 (BMWvol1). Group ini ditubuhkan ileh Sifu Eiman iaitu salah seorang Sifu FBAds wanita. Group ini sangat-sangat istimewa kerana dia mengumpulkan pelbagai usahawan wanita dari pelbagai jenis perniagaan.

Ada yang dropship,ada yang ejen , ada yang mempunyai produk sendiri dan macam-macam lagi. Kamu dikumpulkan dalam group tersebut supaya dapat membantu sesama sendiri untuk berkongsi semangat dan motivasi.

Cerita disebalik penglibatan kami semua dalam ewa bermula dengan perbincangan ingin berkumpul bersama dan bertemu dengan Pn Hatinie yang mana beliau merupakan orang kuat EWA. Kata-kata dan ilmu beliau telah menginspirasikan kami semua. Dari situlah Pn.Hatinie merancangkan untuk kami semua sebuah program bersama EWA.

Oleh kerana impian saya untuk menyertai EWA sudah lama, maka peluang yang ada saya tidak mahu lepaskan. Saya sangat bersyukur kerana Allah izinkan saya Suami pun izinkan saya hadir ke program tersebut.

Saya merasakan anjakan paradigma didalam diri saya. Keyakinan diri semakin meninggi. Nantikan perkongsian selanjutnya apa yang dapat onthespot masa program berlangsung.

Sekian.

No comments:

Post a Comment