Saturday, 6 August 2016

1# PENGENALAN DIRI FATHIAH BT ABDULLAH

Text : Fathiah bt Abdullah
Gambar : Fathiah Bt Abdullah


Assalamualaikum.

SALAM PERKENALAN,


Alhamdulillah, hari ini bermula kelas blog dan mulakan blog dengan betul. Untuk permulaan saya mulakan dengan PENGENALAN DIRI. 



Alhamdulillah saya dilahirkan dari pasangan yang sangat hebat iaitu Abdullah Bin Md Desa dan Fadzillah Binti Ibrahim pada 19 Disember 1989 bersamaan dengan 22 Jamadilakhir 1410H. Pasangan hebat ini dikurniakan 7 orang cahaya mata dan saya merupakan anak yang ke3. Membesarkan anak yang ramai dan jarak usia yang dekat tidak menghalang mereka untuk membesarkan kami adik beradik untuk mendapatkan pendidikan agama dan akademik yang cukup. Saya dilahirkan di Hospital Besar Ipoh dan dibesarkan di Bota kanan, Perak Darul Ridzuan.




Saya diberi pendidikan rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bota Kanan , Perak. Berbekalkan keputusan UPSR 2A2B1C saya meneruskan pendidikan ke sekolah berasrama Sekolah Agama Maahad Al-Aziz, Parit perak. Di maahad saya diajar 2 sesi pembelajaran iaitu akademik dan agama. Selama 3 tahun disana banyak pengalaman yang saya dapat. Yang mana telah mengajar saya untuk berdikari dan yakin pada diri sendiri. Di sekolah saya aktif bersukan dan aktif kokurikulum. Segala jenis sukan saya akan masuk. Bola Jaring, pingpong, nasyid, hafazan  dan macam-macam lagi. Selepas tamat PMR keputusan akademik kurang memberangsang mak dan ayah mula tukarkan saya ke sekolah menengah biasa. Walaupun ketika itu saya sudah ada cita-cita tersendiri untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Ini kerana keputusan pendidikan agama sangat memberangsangkan. 




Demi mengejar cita-cita mak dan ayah saya teruskan juga pendidikan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Abdul Rahman Yaakob, Bota Kanan, Perak. kalau diikutkan dari keputusan PMR saya, potensi untuk masuk ke kelas Sains sangat tipis. Tapi rezeki untuk saya masih ada. Saya dimasukkan ke kelas Sains yang mana pelajaran utamanya ialah LUKISAN KEJURUTERAAN. Dari situ mula timbul minat untuk bidang kejuruteraan dan bidang hiasan dalaman. Maka bermulalah saya mengumpul kawan dari pelbagai sekolah yang mana secara tidak langsung menjadi "prospect" saya sekarang. Tamat sekolah saya memohon pelbagai jenis tempat pengajian. Dan saya telah dipanggil untuk melanjutkan pengajian ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Masih di bidang yang sama. Saya belajar untuk mendapatkan SIJIL CADD SEBIBINA selama 1 tahun 7 bulan. Dan melanjutkan pengajian selama 3 tahun  dalam bidang  DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM di Politeknik Sultanah Bahiyiah ,Kulim, Kedah. 


Saya telah selamat berkahwin dengan seorang lelaki yang hampir 100% mempunyai ciri-ciri seperti ayah saya . Jejaka itu ialah suami saya Amiruddin Bin Abdul Aziz.Kami berkenalan ketika sama-sama aktif sukan ketika belajar di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur. Alhamdulillah kami dikurniakan seorang puteri yang tersangat indah diberi nama Aisyah Amani Bt Amiruddin. Sekarang berkerja dari Rumah secara "online". 

Bersambung ke entri seterusnya untuk pengalaman bekerja sebelum bergelar SURIRUMAH.











No comments:

Post a Comment