Monday 29 August 2016

16# Dia Bernama SAHABAT

Text: Fathiah bt Abdullah

Sahabat,
Kita bertemu di sebuah tempat mencari ilmu,
Engkau ku lihat seperti didalam dunia engkau sendiri,
Gaya engkau membuat aku tidak berani mendekati untuk menjadi kawan.

Sahabat,
Setelah beberapa bulan kita belajar bersama,
Kita mula cuba untuk berkawan,
Dan engkau tidak menolak pelawaan dan usikan aku untuk berkawan.

Sahabat,
Sejak hari pertama engkau menerima aku sebagai sahabat,
Aku mula tahu yang engkau seorang yang mudah senyum,
Engkau seorang yang baik hati,
Engkau seorang yang mudah tersentuh.

Sahabat,
Selama perkenalan kita,
Aku bersyukur,
Aku bertuah memiliki sahabat sepertimu.

Sahabat,
Walaupun diantara kita pernah berlaku sesuatu yang telah menyebabkan hubungan persahabatan kita terputus,
Tapi percayalah aku tidak pernah menganggap ianya putus,
Pada aku, kita sahabat selamanya.

Sahabat,
Pada 29 Ogos 2015, Engkau pergi tinggalkan kami,
Ajalmu tiba begitu awal sebelum sempat engkau bergelar seorang suami.

Sahabat,
Seminggu sebelum engkau pergi,
Hati aku sayu dan hiba,
Tanpa sebarang sebab,
Aku jadi terlalu sensitif,
Seolah-olah bakal kehilangan seseorang.

Sahabat,
Tika aku mendapat perkhabaran pemergiaanmu,
Maka aku sedar,
Sedihku hibaku kerana bakal kehilanganmu.

Sahabat,
Setahun sudah berlalu sangat engkau pergi mengadap Illahi,
Pagi ini Allah kurniakan nikmat hujan,
Ia membuatkan aku ingin mencoretkan sedikit kisah tentangmu.

Sahabat,
Kenangan yang lalu,
Aku tidak pernah lupa,
Kebaikanmu tidak pernah aku lupakan,
Engkau sanggup bersusah kerana aku.

Selamanya engkau tetap sahabat!

"semoga roh arwah sahabatku ini, dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh". Amin

No comments:

Post a Comment