Wednesday, 10 August 2016

8# UTAMAKAN ALLAH, BESARKAN ALLAH !

Text : Fathiah bt Abdullah
Sumber : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki
Gambar : Fathiah bt abdullah

Rezeki kita hari ini telah ditetapkan oleh Allah. Jangan mengeluh jika rezeki yang diperolehi tidak mencukupi.

Jangan mengeluh jika gaji yang kita dapat tidak mencukupi setiap bulan.

Pernah tak kita persoalkan kenapa ianya tak cukup?
Pernah tak kita persoal bagaimana hubungan kita dengan Allah?
Pernah tak kita persoal bagaimana solat kita?

Saya tertarik dengan satu kisah di dalam buku "Mudahnya Menjemput Rezeki".

"Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata.

Pada masa azan dilaungkan , kerjanya hampir siap. Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, Tatkala mendengar azan dilaungkan, serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, Walhal hanya tinggal meletakkan seketul batu bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu. Beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau MEMBESARKAN BATU BATA DAN BUKAN MEMBESARKAN ALLAH!.

Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali ALLAH. Nah beginilah dasyatnya iman para Sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan kejayaan (mendapat syurga) semasa masih di dunia."

Bagaimana dengan kita hari ini? Adakah kita mengutamkan panggilan Allah atau mengutamakan panggilan dunia?

Kita terlalu leka dengam dunia sampai sanggup ketepikan Allah. Terlampau mengikut kata hati dan nafsu.

Ayuhlah kembali kepada Allah. Utamakan Allah. InsyaAllah rezeki kita akan lebih berlipat kali ganda.

"Solatlah di AWAL WAKTU"
"Utamakan ALLAH, Besarkan ALLAH"...

No comments:

Post a Comment